PRIHATIN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN

Posted by abu nu'man under
Sebagai seorang pemandu, anda perlu sentiasa prihatin kepada pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki, pemandu motosikal dan pemandu basikal. Ada pemandu yang menganggap bahawa mereka lah raja di jalan raya dan tidak prihatin kepada pejalan kaki dan penunggang basikal dan motosikal. Perbuatan begini bukan sahaja tidak sopan malah membahayakan diri sendiri dan mereka.

Berikut adalah panduan bagaimana anda boleh menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk semua:

Pejalan kaki:

Beri laluan kepada pejalan kaki

Pandu dengan berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah kerana pelajar sekolah suka bermain di tepi jalan

Prihatin kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua kerana mereka mungkin tidak nampak kedatangan kereta anda

Sentiasa memberi laluan kepada pejalan kaki yang menhampiri atau berdiri di jalur lintas, berhentikan kereta untuk mereka melintas. Jangan sekali-kali memecut atau menekan petrol untuk menakutkan mereka.

Sentiasa berhati-hati apabila memandu di kawasan pusat membeli-belah kerana biasanya pejalan kaki melintas jalan berkumpulan.
Penunggang Motorsikal:

Sentiasa berwaspada dengan penunggang motorsikal semasa memandu. Pastikan anda sentiasa melihat titik kabur untuk melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas. Sebaiknya, and menoleh ke belakang untuk kepastian.

Berwaspadalah kepada penunggang yang menunggang keluar masuk lorong sesuka hati kerana arah tuju yang tidak menentu.

Berhati-hati ketika di persimpangan jalan kerana penunggang motorsikal boleh muncul dengan tiba-tiba dan anda mungkin tidak menyedari kedatangan mereka.

Jangan memecut apabila ada penunggang motorsikal yang cuba memotong anda.

Sentiasa berwaspada apabila penunggang motorsikal cuba mengelak lubang atau halangan di jalan raya.
Penunggang Basikal:

Pastikan anda menjarakkan kereta sekurang-kurangnya 6 kaki apabila melepasi penunggang basikal untuk mengelakkan mereka dari terkena pergolakan udara yang dihasilkan oleh kereta anda.

Berwaspada setiap kali penunggang basikal cuba mengelak lubang di jalan raya.

Sentiasa berwaspada dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan.

0 comments: