Bumper E fire

Posted by abu nu'man under


Proton Exora mengagumkan

Posted by abu nu'man under
PULAU PINANG 4 Julai - Selama ini, mereka sangsi dengan kelebihan dan keupayaan kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Proton iaitu Exora.


Pelbagai persoalan bermain di fikiran, sama ada Proton Exora mampu memenuhi kehendak serta gaya hidup mereka.

Namun, segala kemusykilan itu terjawab apabila mereka diberi peluang melihat dan merasainya sendiri.

Seramai 10 pasangan suami isteri dari utara Semenanjung yang masih buntu untuk memiliki MPV yang sesuai telah terpilih menjalani pandu uji eksklusif Proton Exora yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Mereka berpeluang memandu dan menerokai sendiri kelebihan MPV pertama buatan negara itu melalui beberapa lokasi bermula dari Restoran Suffolk House hingga ke Padang Kota Lama.

Menurut Pengurus Projek Proton Exora, Raja Nur Zahirah Raja Adam, sesi pandu uji tersebut adalah berbeza dengan penganjuran sebelum ini.

Katanya, ia bukan setakat pemanduan tetapi juga panduan kepada para peserta bagaimana Exora dapat memenuhi gaya hidup setiap keluarga.

"Sesi kali ini menampilkan sedikit kelainan di mana kami menjemput beberapa pakar yang berkongsi tips dengan peserta.

"Tips dan panduan ini meliputi pelbagai aspek seperti kepentingan keselamatan di jalan raya bagi memantapkan keharmonian keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia pada sesi pandu uji berkenaan di sini baru-baru ini.

Mereka yang dijemput ialah pakar perundingan kewangan, Al Jazzura Khan; pakar perkahwinan dan keluarga, Charis Wong Yen Wai serta pakar perunding imej, Datin Sharifah Shahwati.

Sesi pandu uji selama dua hari itu merupakan penganjuran kali kedua selepas Kuala Lumpur yang mendapat sambutan amat menggalakkan.

"Proton mengadakan sesi pandu uji seumpama ini bertujuan menyedarkan orang ramai bahawa kenderaan bukan sahaja dapat memuatkan penumpang yang ramai dengan selesa tetapi juga dapat memenuhi gaya hidup mereka.

"Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga membolehkan pasangan suami isteri merasai ciri-ciri keunikan yang terdapat pada Exora iaitu keselamatan, prestasi, gaya, keselesaan dan penjimatan (SPACE)," ujar Raja Nur Zahirah lagi.

Sementara itu, sepasang suami isteri dari Alor Setar, Kedah, Ammar Fadli Abdul Hadi, 26, dan Norhafizah Mohd. Kamarudin, 26, yang menyertai pandu uji itu kagum dengan prestasi Exora.

Kedua-duanya berkata, Exora memiliki ruang dalaman luas dan sesuai bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sederhana atau besar.

"Saiz tingkap lebih besar sekali gus menyediakan pemandangan yang luas kepada penumpang.

"Saya juga rasa selamat memandu Exora kerana sistem brek yang baik. Semasa membuat ujian brek kecemasan tadi, cengkaman tayar cukup kuat dan badan Exora tidak lari langsung," katanya.

Bagi Saiful Adli, 31, dari Pulau Pinang pula, dia berpuas hati dengan prestasi Exora terutama dari aspek keselamatan.

Katanya, harga Exora antara RM71,000 dan RM75,000 juga amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara isterinya, Nur Ardzliza, 31, memberitahu, Exora amat sesuai untuk perjalanan jauh terutama ketika bercuti kerana keselesaan yang disediakan.

ISWARA CONVERTED TO WAJA & PERDANA

Posted by abu nu'man under
model ISWAJA...


...model ISDANA...

... camni pun ade rupenya kat Malaysia

PROTON PERDANA FUGA 2011

Posted by abu nu'man under
Setelah berita mengenai Proton Perdana akan digantikan dengan model baru untuk kakitangan kerajaan. Proton dan DRB Hicom bersaing serta memberi cadangan kepada Perdana Menteri untuk .Susulan daripada berita yang tersebar sejak beberapa hari lepas tentang kemungkinan Nissan Fuga akan menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, Proton kelmarin tampil memberi penjelasan melalui Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.



EXORA PRESTIGE VVIP

Posted by abu nu'man under
Exora Prestige ini agak sesuai untuk proton jadikannya sebagai kenderaan kerajaan kerana nampak ciri2 eklusifnya terutama di bahagian dalaman serta luaran dengan kemasan lampu belakang serta krom2 silver.


PROTON EXORA TERBAKAR!!!!

Posted by abu nu'man under
Kita bukan sahaja perlu berhati-hati semasa memandu malah kita juga perlu berhati-hati semasa tidak memandu. Gambar video di bawah menunjukkan Proton Exora ini terbakar dalam keadaan tidak bergerak.


Pemandunya seorang lelaki berbangsa India dipercayai sedang tidur di dalam Exora itu & dia membiarkan enjin dalam keadaan hidup. Kebakaran berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah malam di hadapan kedai mamak di Awana Gelang Patah & video ini sempat diambil oleh Lauser Pyoung yang berada di sana untuk menjamah nasi lemak selepas bermain futsal.

Saya amat kecewa sekali kerana ada ramai orang di sana tetapi tiada siapapun yang cuba untuk memadamkan api, mereka cuma melihat & mengambil video sahaja tanpa cuba menghampiri exora itu untuk meninjau jika ada seseorang di dalamnya.


WOW!! EXORA LANCER

Posted by abu nu'man under
Exora bodykit lancer yang dulunya saya mengangap hanya photoshop. tetapi ianya memang realiti. saya suka Design bodykit gambar pertama nampak sesuai. body kit ini memang ada dijual harganya dalam lingkungan RM1800.