Wah!!! Dengar cerita yang Naza Kia Sdn Bhd menyasarkan menjual 300 unit edisi terhad Citra II Rondo berprestasi tinggi... Hebat tue....


Syarikat itu berkata Rondo memperkenalkan 13 ciri estetik dan penambahan praktikal yang baharu bagi menambah gaya dengan sentuhan premium yang terdapat pada kenderaan utiliti “crossover” (gabungan kereta SUV dan kereta biasa) (CUV) yang popular.

Kedua-dua Rondo EX dan EXS itu memiliki aksesori baharu, namun harga bagi kedua-dua kenderaan itu dikekalkan, masing-masing pada RM86,088 and RM90,088.

Bagaimanapun, Naza Kia hanya menawarkan 300 unit Rondo, sekaligus meningkatkan kedudukan nilai saranan CUV bagi tempoh terhad, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tiga belas spesifikasi baharu itu termasuk tambahan dalaman dan luaran pada Rondo seperti skirting’ depan baharu, skirting’ bahagian sisi dan visor pelindung pintu.

Rondo itu juga dipasang dengan ‘spoiler’ belakang, ukiran lengkung roda, ‘skirting’ belakang, bumpar belakang dan paip ekor krom yang memperlihatkan ciri yang lebih sporty pada estetik keseluruhan Rondo.

Penambahan aksesori baharu itu bertujuan meningkatkan mutu premium Ronda, termasuk skrin video 61 sentimeter dan peralatan DVD, tempat duduk kulit dan pemasangan cermin gelap penapis cahaya.

Para pelanggan yang membeli Rondo akan mendapat peralatan keselematan berguna seperti kit kecemasan di jalan, kit bantuan kecemasan, pemadam api dan pam tayar, dengan percuma.

Kedua-dua Rondo EX dan EXS dilengkapi enjin CVVT DOHC 2.0L dan mempunyai platform yang sama seperti Kia Optima. Enjin empat silinder Rondo mengeluarkan tork 147 PS dan 189 Nm dan dipasangkan kepada sistem gear automatik empat kelajuan dengan mode sport.

Dengan kapasiti lima hingga tujuh tempat duduk, Rondo mempunyai perempuh depan dan memperoleh penarafan lima bintang daripada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Negara Amerika Syarikat.

Ciri-ciri standard pada Rondo EC termasuklah pemegang pintu warna badan kereta dan sisi berlengkok serta gril depan berwarna hitam dengan roda aloi 97 sentimeter manakala Rondo EXS yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi, diilengkapi rak bumbung dan roda aloi 103 sentimeter.

Sejak pelancarannya pada September 2008 sehingga 31 Dis, 2009, Naza Kia telah menjual 1,929 unit Rondo dan 264 unit dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

0 comments: