TEMPAHAN DIBUKA : PROTON INSPIRA

Posted by abu nu'man under
PETALING JAYA 10 Nov. - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model terbaharu kereta keluarannya, Proton Inspira yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.
Proton Inspira mula dijual di semua bilik pameran Proton pada harga RM78,999 bagi model 1.8 transmisi manual, RM84,999 bagi 1.8 transmisi penghantaran berubah berterusan (CVT) automatik dan RM91,999 bagi model 2.0 CVT automatik.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, produk terbaharu Proton didatangkan dengan dua varian enjin itu dilengkapkan dengan enjin berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
"Sehingga hari ini, sebanyak 1,800 buah Proton Inspira telah ditempah dengan purata tempahan 100 buah sehari sejak ia diperkenalkan kepada umum 14 Oktober lalu," katanya selepas Majlis Pelancaran Proton Inspira di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,

Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
Pada majlis itu juga seramai 11 pemilik pertama model terbaru itu menerima kunci masing-masing.
Model tersebut didatangkan dalam empat warna iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.
Kelebihan Inspira adalah ia dilengkapi dengan CVT dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi).
Bagi model standard iaitu 1.8L manual, ia dilengkapi Sistem Membrek Anti Kunci (ABS), Edaran Tenaga Membrek Elektronik (EBD), beg udara berkembar, imobilizer dan sensor undur.
Varian Eksekutif ditambah dengan mod sport tanpa paddle shift, sementara model Premium 2.0 liter CVT dilengkapi dengan mod sport, paddle shift, auto cruise, pendingin hawa automatik, sensor automatik lampu dan pengelap cermin, kit badan, empat duduk kemasan kulit dan sistem navigasi.
Bagi pelanggan yang menempah sebelum 15 November, mereka akan menerima pakej servis istimewa secara percuma selama dua tahun atau 50,000 kilometer, termasuk tiada bayaran upah dan alat ganti percuma bernilai RM1,658.

Links to this post
Proton Exora Range Extender EV dan Proton Saga EV telah menyertai perlumbaan Brighton to London Future Car Challenge yang diadakan pada 6 November 2010 lalu. Proton Exora memengangi ketegori Best Range Extender Electric Vehicle yang merekodkan penggunaan bahan api paling rendah  bagi perjalanan sejauh 92 km iaitu daripada Brighton ke London dengan hanya menggunakan 2.2 liter petrol sahaja.

Apapu tahniah buat Proton juga Exora
Links to this post