KESOPANAN BERMULA DENGAN ANDA

Posted by abu nu'man under
Walaupun anda mungkin tidak dapat menghalang pemandu lain daripada merasa tertekan di jalan raya, anda mungkin dapat melegakan ketengangan mereka jika anda memandu mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Namun begitu, anda sebagai pemandu mestilah tidak berasa tertekan. Amalkan langkah-langkah berikut untuk mengekalan ketenangan semasa memandu:


Sebelum memulakan perjalanan:

• Kerosakan kereta adalah punca utama ketegangan. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang memuaskan.

• Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika anda merancang untuk melalui lebuhraya baru, pandulah dengan berhati-hati untuk membiasakan diri.

• Bertolak awal untuk memulakan perjalanan jauh.

• Pastikan anda berada dalam keadaan selesa ketika memandu. Betulkan tempat duduk, cermin and aras penghawa dingin dan juga stesen radio kesukaan sebelum memulakan perjalanan.

Semasa dalam perjalanan:

• Patuhi hadlaju yang ditetapkan.

• Untuk perjalanan yang jauh, berhentilah berehat setiap dua jam atau 100km.

• Berehatlah jika mengantuk atau terganggu penumpuan di jalan raya.

• Sentiasa bertenang walaupun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

• Bersikap tolerasi terhadap pemandu lain walaupun mereka tidak mengikut peraturan jalan raya.

• Berterima kasih kepada pemandu lain dengan melambai mereka sambil tersenyum.

• Mohon maaf jika anda membuat kesalahan kepada pemandu lain untuk mengelakkan pergaduhan.


Amalan-amalan di atas amatlah mudah untuk diamalkan. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan-santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

0 comments: