Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, latihan pemanduan di negara ini lebih menekankan aspek undang-undang dan kemahiran memandu, tetapi kurang dari segi mengutamakan keselamatan.
Ketua Pengarahnya, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata adalah perlu aspek ‘afektif’ iaitu bagaimana cara memandu yang selamat, berhemah dan santun ketika berada di jalan raya diberikan penekanan oleh pemandu di negara ini. “Cadangan membaiki dan menaik taraf mutu kurikulum memandu sudah lama kita ketengahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antaranya adalah penekanan kepada aspek afektif ini. “Kita perlu tekankan perkara ini kerana kita dapati latihan pemanduan kita ada kekurangan dan sistem ini perlu ditambah baik bagi memastikan ia benar-benar mencapai piawaian dikehendaki kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ahmad Farhan berkata, penambahbaikan latihan pemanduan tidak bermakna kurikulum sedia ada tidak bagus, tetapi ia perlu ditambah dengan elemen baru memandangkan sistem berkenaan sudah lama digunakan.
“Kita perlu cari jalan memastikan ia dilaksanakan segera. Bagaimanapun, institut memandu sendiri perlu berada pada tahap profesional yang tinggi dan memberi yang terbaik kepada pemandu bagi memastikan kita dapat melahirkan pemandu yang selamat, berhemah serta santun,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Md Aris Bakar, berkata institut memandu di negara ini perlu peka untuk melahirkan pemandu yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta bersikap positif.

0 comments: