Cemas jugak tengok perlawanan badminton semalam bila Denmark berjaya membawa Malaysia ke perlawanan kelima melalui pemain perseorangan negara, Hafiz Hashim.

Tetapi rezeki buat Malaysia,  Hafiz dengan persembahan yang konsisten memanjatkan kesyukuran selepas menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok.


Sebelum itu, Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17, 21-19.


Bagaimanapun Wong Choong Hann tewas kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21. Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.


...Kami mengharapkan agar barisan pemain negara dapat memberikan persembahan yang terbaik ketika bertemu dengan China esok....

0 comments: