KAWAL KEMARAHAN AWAL

Posted by abu nu'man under
Salam, tips yang kita akan belajar hari ini adalah berkenaan dengan 'Kemarahan'. Pemandu kita sering berasa marah dan tertekan apabila berhadapan dengan pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan suka membuli pemandu lain. Jika tidak dikawal, perasaan marah tersebut boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini terjadi. Cara terbaik ialah dengan tidak melenting sebaliknya sentiasa bertenang tanpa rasa marah atau dendam.

Atau mungkinkah anda berpontesi untuk pemandu yang agresif akibat daripada tekanan yang dihadapi? Mungkin tidak. Walaubagaimanapun, berikut adalah senario-senario yang mungkin mengambarkan anda mempunyai masalah kemarahan di jalan raya:

• Pernahkan anda menyumpah pemandu lain yang menghalang perjalanan anda?

• Pernahkan anda menunjukkan tanda isyarat yang tidak sopan kepada pemandu lain untuk memberi mereka pengajaran?

• Pernahkan anda memperlahankan kereta apabila anda diekori terlalu rapat?

• Adakah anda menukar lorong tanpa memberi pengelip tanda isyarat?

• Adakah anda suka mengikut kereta lain terlalu rapat?

• Pernahkan anda cuba menghalang kereta lain dari memotong?

Kesemua senario di atas mempunyai cirri-ciri pemanduan yang agresif atau pun pembuli jalan raya. Jika anda menjawab salah satu soalan, anda dinasihatkan supaya berlatih mengawal kemarahan anda supaya tidak berlarutan.

Anda juga perlu berwaspada apabila berada di dalam situasi yang boleh menimbulkan kemarahan. Tenangkan diri dan perlahankan kereta. Tarik nafas yang panjang dan pasangkan stesen radio yang boleh menenangkan fikiran. Berbuallah bersama penumpang jika anda membawa penumpang.
Jangan sekali-kali mengambil hati di atas perlakuan pemandu lain dan jangan respon apabila mereka sengaja membuat anda marah. Elakkan daripada bertentangan mata atau memberi tanda isyrat kepada mereka kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak memikirkan perihal mereka kerana mereka mungkin mempunyai masalah yang tersendiri yang menyebabkan mereka berkelakuan demikian.
Kesimpulannya, respeklah pemandu lain sebagaimana anda mahu mereka merespek anda. Jika anda bersopan-santun, pemandu lain akan menghargainya dan menjadikannya teladan

0 comments: