Cermin Gelap : Keperluan @ Kehendak?

Posted by abu nu'man under
JPJ hanya membenarkan pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap yang tidak melebihi 30 peratus pada cermin depan kenderaan dan kurang 50 peratus bagi cermin tingkap.
Peraturan ini termaktub dalam Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu Pindaan 2000 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus.
Bagaimanapun, pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada orang tertentu mengikut Kaedah 11 (a) dan 11 (b) Kaedah Kenderaan Motor Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu Pindaan 1991.
Sesiapa yang tidak termasuk dalam peraturan itu, tetapi menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan, boleh membuat permohonan pengecualian khas untuk pemasangan cermin gelap daripada JPJ.

Oleh itu, berhati-hati dengan penggunaan cermin gelap kenderaan anda. Pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.

0 comments: