Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memulakan langkah mengurangkan subsidi mulai tengah malam ini dengan menaikkan harga lima hingga enam produk dan perkhidmatan, sebahagiannya tengah malam ini.
Langkah awal kenaikan harga barangan membabitkan petrol dan diesel yang masing-masing mengalami peningkatan lima sen ekoran dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipercayai menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat.
Harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen seliter mulai esok manakala harga RON97 akan diapungkan.
Dalam pada itu harga gas semula jadi juga dikatakan naik 10 sekilogram tengah malam tadi.
Gula pula mengalami kenaikan 25 sen sekilogram.
“Kenaikan ini sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang ditanggung oleh kerajaan selama ini... ia langkah awal, dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, setiap enam bulan,” kata satu lagi sumber.

Menurut sumber itu selain empat produk terbabit beberapa produk dan perkhidmatan dijangka mengalami perubahan harga dalam waktu terdekat.
“Ia akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri berkata, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan kita pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.
“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.
“Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

0 comments: