Datuk Seri Najib Razak mencadangkan syarikat automotif dalam negara mempertimbangkan penggabungan jika berlaku lebihan kapasiti dalam industri itu bagi terus berdaya maju dan selari peredaran semasa. Pada masa sama, Perdana Menteri turut meminta PROTON Holdings Berhad (PROTON) mengkaji dan menangani dengan bijak perubahan pesat pasaran automotif tempatan dan antarabangsa supaya dapat terus bersaing di persada global tanpa terlalu bergantung kepada sokongan kerajaan. “Jika berlaku terlebih kapasiti satu daripada hambatan atau kekangan syarikat, apakah patut dilakukan proses untuk menggabungkan syarikat-syarikat automotif dalam negara kita supaya akan wujud syarikat yang lebih kuat, lebih besar dan lebih mampu lagi?

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi PROTON, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan kereta konsep hibrid mesra alam, PROTON Emas. Beliau turut melancarkan model Saga edisi khas ulang tahun pada harga atas jalan, RM54,500 seunit; Persona edisi khas (RM69,500) dan Exora (RM91,998).

Sempena ulang tahun ke-25, PROTON turut melancarkan buku khas memperingati ulang tahun penubuhannya itu bertajuk A Saga: PROTON's 25-Year Story yang ditulis Datuk A Kadir Jasin.

Perdana Menteri berkata, PROTON perlu melihat segala kekuatan yang ada padanya dan yang dimiliki Lotus lalu menggabungkan kedua-duanya ke arah mewu-judkan pakatan strategik bagi menghasilkan kenderaan yang boleh mengukuhkan PROTON dalam semua aspek,” katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut merakamkan penghargaan kepada Dr Mahathir yang memainkan peranan penting di sebalik penubuhan PROTON, 25 tahun lalu.

0 comments: