CALON PAS GALAS : SUHAIMI ATAU DR ZULKIFLI

Posted by abu nu'man under
Dr Zulkifli yang pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu kemungkinan besar akan diletakkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat kali ini.

Dr Zulkifli merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh undi majoriti dari kawasan DUN Galas berbanding Tengku Razaleigh pada 8 Mac lalu.


Tengku Razaleigh mengatasi Dr Zulkifli di dua lagi kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Gua Musang, sekali gus membawa kemenangan kepadanya.

Suhaimi pula merupakan pegawai halaqah berusia awal 40-an, dikatakan membawa perwatakan hampir sama seperti penyandang Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

Pakatan Rakyat menerusi PAS pertama kali memenangi kerusi itu pada Mac 2008.

PAS akan mengumumkan calon mereka secara rasmi pada 22 Oktober ini, kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini berkata nama calon akan diumumkan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober.

0 comments: