PULAU PINANG 4 Julai - Selama ini, mereka sangsi dengan kelebihan dan keupayaan kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Proton iaitu Exora.
Pelbagai persoalan bermain di fikiran, sama ada Proton Exora mampu memenuhi kehendak serta gaya hidup mereka.
Namun, segala kemusykilan itu terjawab apabila mereka diberi peluang melihat dan merasainya sendiri.
Seramai 10 pasangan suami isteri dari utara Semenanjung yang masih buntu untuk memiliki MPV yang sesuai telah terpilih menjalani pandu uji eksklusif Proton Exora yang diadakan di sini, baru-baru ini.
Mereka berpeluang memandu dan menerokai sendiri kelebihan MPV pertama buatan negara itu melalui beberapa lokasi bermula dari Restoran Suffolk House hingga ke Padang Kota Lama.
Menurut Pengurus Projek Proton Exora, Raja Nur Zahirah Raja Adam, sesi pandu uji tersebut adalah berbeza dengan penganjuran sebelum ini.
Katanya, ia bukan setakat pemanduan tetapi juga panduan kepada para peserta bagaimana Exora dapat memenuhi gaya hidup setiap keluarga.
"Sesi kali ini menampilkan sedikit kelainan di mana kami menjemput beberapa pakar yang berkongsi tips dengan peserta.
"Tips dan panduan ini meliputi pelbagai aspek seperti kepentingan keselamatan di jalan raya bagi memantapkan keharmonian keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia pada sesi pandu uji berkenaan di sini baru-baru ini.
Mereka yang dijemput ialah pakar perundingan kewangan, Al Jazzura Khan; pakar perkahwinan dan keluarga, Charis Wong Yen Wai serta pakar perunding imej, Datin Sharifah Shahwati.
Sesi pandu uji selama dua hari itu merupakan penganjuran kali kedua selepas Kuala Lumpur yang mendapat sambutan amat menggalakkan.
"Proton mengadakan sesi pandu uji seumpama ini bertujuan menyedarkan orang ramai bahawa kenderaan bukan sahaja dapat memuatkan penumpang yang ramai dengan selesa tetapi juga dapat memenuhi gaya hidup mereka.
"Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga membolehkan pasangan suami isteri merasai ciri-ciri keunikan yang terdapat pada Exora iaitu keselamatan, prestasi, gaya, keselesaan dan penjimatan (SPACE)," ujar Raja Nur Zahirah lagi.
Sementara itu, sepasang suami isteri dari Alor Setar, Kedah, Ammar Fadli Abdul Hadi, 26, dan Norhafizah Mohd. Kamarudin, 26, yang menyertai pandu uji itu kagum dengan prestasi Exora.
Kedua-duanya berkata, Exora memiliki ruang dalaman luas dan sesuai bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sederhana atau besar.
"Saiz tingkap lebih besar sekali gus menyediakan pemandangan yang luas kepada penumpang.
"Saya juga rasa selamat memandu Exora kerana sistem brek yang baik. Semasa membuat ujian brek kecemasan tadi, cengkaman tayar cukup kuat dan badan Exora tidak lari langsung," katanya.
Bagi Saiful Adli, 31, dari Pulau Pinang pula, dia berpuas hati dengan prestasi Exora terutama dari aspek keselamatan.
Katanya, harga Exora antara RM71,000 dan RM75,000 juga amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Sementara isterinya, Nur Ardzliza, 31, memberitahu, Exora amat sesuai untuk perjalanan jauh terutama ketika bercuti kerana keselesaan yang disediakan.

0 comments: