Persona-R jadi tambatan Proton

Posted by abu nu'man under
SHAH ALAM 16 Dis. - Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang memperkenalkan kereta model baharu Persona-R dalam tempoh dua tahun lagi untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran industri automotif tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran model itu akan dilaksana berdasarkan salah satu model yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini.

Katanya, model Persona-R dijangka memberi tumpuan pada kuasa enjin selain mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).

"Setakat ini, kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan. Model generasi baharu Proton yang bakal dikeluarkan adalah berasaskan pasaran global dan bukan lagi pasaran tempatan," katanya sambil menyatakan pengeluaran Persona-R dilakukan tanpa melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kata Syed Zainal Abidin, selain model baharu, Proton juga mengeluarkan enjin Campro versi Turbo mulai tahun depan untuk menambah baik enjin yang sedia ada dalam memastikan penjimatan bahan api dan pelepasan sisa karbon.

Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.

Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.

"Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti," ujarnya.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat vendor Proton, AutoV Corporation Bhd. (AutoV) dengan ArvinMeritor LVS Co. Ltd (ArvinMeritor) dan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co. Ltd. (CAS) di sini hari ini.

MoU melibatkan pengeluaran komponen automotif itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AutoV, Bernard Kong manakala ArvinMeritor dan CAS masing-masing diwakili Pengarah Jualannya, Lansing Lin dan Naib Presidennya, Werner Koestler.

TEMPAHAN DIBUKA : PROTON INSPIRA

Posted by abu nu'man under
PETALING JAYA 10 Nov. - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model terbaharu kereta keluarannya, Proton Inspira yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.
Proton Inspira mula dijual di semua bilik pameran Proton pada harga RM78,999 bagi model 1.8 transmisi manual, RM84,999 bagi 1.8 transmisi penghantaran berubah berterusan (CVT) automatik dan RM91,999 bagi model 2.0 CVT automatik.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, produk terbaharu Proton didatangkan dengan dua varian enjin itu dilengkapkan dengan enjin berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
"Sehingga hari ini, sebanyak 1,800 buah Proton Inspira telah ditempah dengan purata tempahan 100 buah sehari sejak ia diperkenalkan kepada umum 14 Oktober lalu," katanya selepas Majlis Pelancaran Proton Inspira di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,

Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
Pada majlis itu juga seramai 11 pemilik pertama model terbaru itu menerima kunci masing-masing.
Model tersebut didatangkan dalam empat warna iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.
Kelebihan Inspira adalah ia dilengkapi dengan CVT dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi).
Bagi model standard iaitu 1.8L manual, ia dilengkapi Sistem Membrek Anti Kunci (ABS), Edaran Tenaga Membrek Elektronik (EBD), beg udara berkembar, imobilizer dan sensor undur.
Varian Eksekutif ditambah dengan mod sport tanpa paddle shift, sementara model Premium 2.0 liter CVT dilengkapi dengan mod sport, paddle shift, auto cruise, pendingin hawa automatik, sensor automatik lampu dan pengelap cermin, kit badan, empat duduk kemasan kulit dan sistem navigasi.
Bagi pelanggan yang menempah sebelum 15 November, mereka akan menerima pakej servis istimewa secara percuma selama dua tahun atau 50,000 kilometer, termasuk tiada bayaran upah dan alat ganti percuma bernilai RM1,658.

Proton Exora Range Extender EV dan Proton Saga EV telah menyertai perlumbaan Brighton to London Future Car Challenge yang diadakan pada 6 November 2010 lalu. Proton Exora memengangi ketegori Best Range Extender Electric Vehicle yang merekodkan penggunaan bahan api paling rendah  bagi perjalanan sejauh 92 km iaitu daripada Brighton ke London dengan hanya menggunakan 2.2 liter petrol sahaja.

Apapu tahniah buat Proton juga Exora

Bertempat di Cawangan Sungai Besi, Majlis Cabutan Ke-3 Kempen Simpan Dapat Kereta telah dilaksanakan. Cabutan telah dilakukan oleh Chief Finance Officer, Puan Kiswah Mohammad pada jam 3.00 petang. Pelanggan-pelanggan Cawangan Sungai Besi yang dijemput untuk menyaksikan cabutan ini telah memenuhi ruang kaunter cawangan; tidak ketinggalan juga peniaga-peniaga yang berada di kawasan sekitar turut dijemput memeriahkan majlis. Apa yang menariknya salah seorang daripada pelanggan yang hadir, turut membuat cabutan bersama-sama dengan Chief Finance Officer.
Apa yang pasti, pemenang bagi cabutan ke-3 untuk hadiah sebuah kereta Toyota Camry adalah Encik Chua Soon Gee, no. akaun 2006701000039092. Beliau merupakan penyimpan akaun Al-Mudharabah dari Cawangan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.

Lancer vc Inspira

Posted by abu nu'man under








CALON PAS GALAS : SUHAIMI ATAU DR ZULKIFLI

Posted by abu nu'man under
Dr Zulkifli yang pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu kemungkinan besar akan diletakkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat kali ini.

Dr Zulkifli merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh undi majoriti dari kawasan DUN Galas berbanding Tengku Razaleigh pada 8 Mac lalu.


Tengku Razaleigh mengatasi Dr Zulkifli di dua lagi kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Gua Musang, sekali gus membawa kemenangan kepadanya.

Suhaimi pula merupakan pegawai halaqah berusia awal 40-an, dikatakan membawa perwatakan hampir sama seperti penyandang Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

Pakatan Rakyat menerusi PAS pertama kali memenangi kerusi itu pada Mac 2008.

PAS akan mengumumkan calon mereka secara rasmi pada 22 Oktober ini, kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini berkata nama calon akan diumumkan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober.

CANTIK GAK PROTON BARU NIE

Posted by abu nu'man under
 
Model terbaru Proton, Inspira yang diperkenalkan oleh syarikat kereta nasional itu hari ini. Ia boleh ditempah mulai hari ini.