Langkah-langkah Bagaimana Hendak Menukar Tayar Yang Bocor (Bahagian Belakang) Pemandu “hemat” harus memastikan keretanya ada:

i) Tayar ganti atau “spare”.
ii) Tayar ganti ada angin.
iii) Jack.
iv) Pembuka nut atau tayar.

Yang terpenting ialah item nombor (i). Sebenarnya, keempat-empat penting. Tanpanya, proses penukaran tayar, tidak dapat di jalankan.

Usaha menukar tayar bocor di jalan-jalan biasa, di pekan, ke arah kampung mahupun sepanjang “highway”, adalah suatu tindakan bahaya sekali.

Demi mengurangkan bahaya, kereta anda harusnya mempunyai alat segi tiga kecemasan atau “kon”.

Kecuali pemandu-pemandu komersial seperti van, bas, lori, serta treler, perkara di atas itu wajib ada. Kenderaan peribadi, kesemuanya tidak ada alat kecemasan atau kon. Sebenarnya, alat-alat ini amat penting bagi mencegah kemalangan.

Kursus 6 Jam, sepatutnya sudah mengajar bakal calon pemandu selok-belok cara-cara menukar tayar bocor. Tetapi malang sekali, tidak.

Akhirnya, kebanyakan pemandu “jahil” tentang penukaran tayar bocor itu.

Bagi calon perempuan, boleh di maafkan. Lelaki bagaimana? Terpaksa tukar tayar sendiri.

Artikal ini bertujuan mengajar pembaca=pembaca bagaimana hendak uruskan tukar tayar bocor.

Di peringatkan, langkah-langkah yang di ketengahkan adalah pendapat saya. Sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Terimanya kiranya sesuai. Kalaunya tidak, abaikannya sahaja.

Di sini, saya akan menjelaskan corak-corak menukar tayar bocor bahagian belakang.

Menyedari salah sebiji daripada tayar belakang mengalami kebocoran, kurangkan had laju, jangan panik.

Langkah-langkah yang di cadangkan anda laksanakan:
1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.
2) Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.
3) Cari bahu jalan yang rata.

Kemudian, cepat memasang alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda.

Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.

Seterusnya:

1) Keluarkan tayar ganti.
2) Keluarkan “jack”.
3) Alat skrew driver.
4) Pembuka nut atau tayar.

Hendaklah pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh.

Kiranya hendak membuka kedua-dua “booth” dan “bonnet”, elok juga. Ini akan menarik perhatian pemandu lain kepada kecemasan anda!

Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver.

Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.

Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”. Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.

Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.

Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.

Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan. Sebelum mula bergerak, “free” gear dahulu.

Proses penukaran tayar bocor itu memang panjang-lebar. Sudah pasti di lupanya satu dua langkah. Di mana terdapat perkara-perkara yang tidak di beritahu, tambah-tambahnya sahaja.

Akhir kata, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali!

APA YANG DILAKUKAN SELEPAS KEMALANGAN??

Posted by abu nu'man under

Most of drivers will feel panic when just after experiencing car accident. What to do? To make a police report or not? How to deal with that condition?
So here we would like to discuss more about it. Depending on what type of accident. Light or heavy. With car, bicycle, motorbikes, lorry or people walking around.

Some people will act so rude and stupid when involved in accidents. Like run away after hit somebody, fighting with each other and did not want to be responsible for what he or she had done due to their mistake.

This is quite embarrasing and we as an adult should behave nicely and wisely in going through this situation. Basically, when you involved in an accident, if you are able to get your car parked at the roadside, do so and do not disturbed the traffic.

Get out of your car and inspect the damage due to the accident and make sure the other party stop at the road side too. If not, try to memories the plate number and quickly write it down anywhere or in your handphone.

If the other party run away, go to the nearest police station to make a police report.

If you can discuss with the other party that involved in the accident, try to talk on how to settle it down. To do a police report or just settle between both party.

Identify who actually do the mistake. Basically, the car behind that hit the car in front is the one to be blamed due to not taking care of it’s safe distance forward. No matter what the condition is.

If the damage is not too bad, like scratch on bumper, or any damage on bumper, the owner of the car at the back must pay for the damage of the car in front. Bumper damage will cost around RM50 (scratch cover with paint) to RM500 (replacing bumper with paint) depends on type of bumper.

To be safe and smart, just save the contact number of the owner of any car involved, and get the exact cost of repair after the car has been repaired and claim or pay for it.

But if the damage is too bad due to the accident and will cost more to repair the car, it is better to make a police report to enable you to claim for insurance to repair the car. Claiming your car insurance will cause you not receiving any reduced amount of insurance to be paid for the next year.

Before you make a police report, call and ask your trusted insurance agent first to get some people to help you to make the police report and send a car tower to you. They knows well on how to handle this stuff. That is why it is important to know someone that can help you in case you involved in an accident.

I might missed some points here. So lets share your experience here.

ANY EXPERIENCE INVOLVED IN CAR ACCIDENT? SHARE HERE WITH ALL OUR FRIENDS =)

Bagaimana menghadapi kemalangan jalanraya?
Salam, kalau kita tlihat terdapat lebih ramai pemandu wanita jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pemandu wanita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Di sini terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti:-


1) Sebaik sahaja keluar atau masuk ke dalam kereta, sentiasalah pastikan kereta anda dikunci. Walaupun anda sedang menunggu rakan di kawasan yang anda rasakan selamat, adalah lebih baik mencegah daripada menyesal dikemudian hari.


2) Jangan sesekali tumpangkan orang yang tidak dkenali, walau apa alasan sekalipun. Jangan turunkan tingkap untuk menjawab pertanyaan daripada orang yang tidak dikenali, ia mungkin perangkap untuk mereka masuk terus ke dalam kereta anda. Jika anda perlu untuk berkomunikasi, cuba tuliskan ia di atas sekeping kertas dan pamerkan pada cermin tingkap anda. Ikutlah kata hati, jika anda rasa tidak selesa dengan apa yang berlaku, adalah lebih baik berlalu sahaja.


3) Simpanlah barangan berharga seperti beg tangan, komputer riba dan dompet anda di tempat yang selamat. Banyak kejadian curi berlaku pada waktu siang di mana pencuri menggunakan taktik membaling batu ke tingkap kereta untuk mendapatkan beg yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Jadi, simpankan semua barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan tersembunyi.


4) Sentiasa pastikan anda mempunyai minyak yang mencukupi. Anda mungkin tidak tahu keperluan mendadak yang bakal anda lalui. Jangan biarkan sehingga minyak anda hampir habis, mana tahu anda mungkin kehabisan minyak tatkala kesesatan di tempat yang anda tidak pasti di mana.

5) Anda tidak tahu bila anda memerlukannya. Jadi simpankan nombor-nombor telefon penting seperti Polis, MAA, yang tersayang, pusat servis, pengedar kereta dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menyimpan lampu suluh di poket hadapan kereta anda.


6) Ikut kata hati anda, jika anda rasa diekori, cuba nyalakan lampu, bunyikan hon, dan jangan takut untuk meminta bantuan. Tujulah ke pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai ataupun ke balai polis di mana terdapat ramai saksi. Jangan panik dan pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan tenang dan fokus.


7) Sebagai pemandu wanita, adalah penting untuk memastikan di mana anda meletakkan kereta, terutama jika anda hanya akan kembali ke kereta pada waktu malam. Ini adalah kerana keadaan tempat meletak kenderaan akan berubah selepas waktu pejabat. Apabila kembali ke kereta, ingatlah untuk sentiasa memegang kunci kereta. Juga letaklah kereta anda di tempat yang ramai orang. Jangan duduk di dalam kereta terlalu lama setelah masuk semula ke kereta. Terus pandu keluar daripada tempat tersebut.


8) Sentiasa berhati-hati dengan keadaan di sekeliling anda. Jika boleh cuba dapatkan tempat letak kereta di tempat yang terbuka dengan pencahayaan yang terang. Jika berada di tempat yang anda tidak biasa, pastikan anda beritahu orang yang tersayang atau sesiapa yang rapat dengan anda lokasi anda pada ketika itu.

TIPS PEMANDUAN BIJAK ELAK DARI KEMALANGAN

Posted by abu nu'man under
Salam semua, hari ini tak ada benda nak tulis...hanya tips jelah ok, tengah2 layan blog ne aku rajin2 bukak email, rupa2nya dah banyak email yang tak dibukak, so inilah perkongsian ilmu untuk malam ini, baca dan renungkan yang baik kita ikut ok, sayangilah nyawa anda ingatlah orang tersayang.

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang lain...jangan pentingkan diri sendiri sudahlah erk...hahahahaha.

2. Memandu melebihi had kelajuan, patuhi dengan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam keadaan apa2 pun.

3. Kekalkan jarak selamat antara dengan kenderaan dihadapan. Jika memandi ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Memandu, kita tidak dapat mengjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan kita.

5. Memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga2 kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba2...nanti tak pasal2 korang kemalangan.

6. Biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran anda ketika memandu, jangan asik cari kesalahan orang je.

7. Memandu jika letih, jika penat berhenti dan keluar dari kenderaan dan buatlah senaman ringan tak kisahlah gaya macam korang nak buat ok ataupun boleh berhenti seketika dengan menikmati secawan kopi atau teh tarik...pergh sedapkan.

8. Kenderaan hendaklah diselengggarakan dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin....kalau boleh korang periksalah seminggu sekali, jangan masa nak balik kampung baru nak check ok.

Sebenarnya banyak lain tapi aku hanya wat ringkasan yang mana penting untuk dikongsikan bersama2 untuk malam ini, aku harap korang semua dapat menilainya dari sudut positif.

TIPS PEMANDUAN KERETA TRANSMISI MANUAL

Posted by abu nu'man under
Salam, sekarang kita belajar teknik dan kaedah untuk memandu kereta transmisi manual sebab sesetengah orang benda ini bukanlah mudah terutama yang dah bertahun-tahun memandu kereta automasi. Namun dengan latihan dan kesabaran, ia akan menjadi satu kebiasaan.
Langkah-langkah...

1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi manual. Dari kiri, klac, brek dan minyak.


2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga H, gear satu, tiga dan lima berada diatas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis H ialah neutral.

3. Pastikan brek tangan dalam keadan tidak diturunkan dan kereta berada diatas jalan yang rata.

4. Tekan pedal klac kebawah dan gerak gear ke posisi neutral.

5. Hidupkan enjin.

6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.

7. Gunakan brek kai dan lepaskan brek tangan.

8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.

9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.

10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.

11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.

12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan.

13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.

14. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.

15. Gunakan langkah yang sama seperti diatas untuk mengundurkan kereta.

KESOPANAN BERMULA DENGAN ANDA

Posted by abu nu'man under
Walaupun anda mungkin tidak dapat menghalang pemandu lain daripada merasa tertekan di jalan raya, anda mungkin dapat melegakan ketengangan mereka jika anda memandu mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Namun begitu, anda sebagai pemandu mestilah tidak berasa tertekan. Amalkan langkah-langkah berikut untuk mengekalan ketenangan semasa memandu:


Sebelum memulakan perjalanan:

• Kerosakan kereta adalah punca utama ketegangan. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang memuaskan.

• Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika anda merancang untuk melalui lebuhraya baru, pandulah dengan berhati-hati untuk membiasakan diri.

• Bertolak awal untuk memulakan perjalanan jauh.

• Pastikan anda berada dalam keadaan selesa ketika memandu. Betulkan tempat duduk, cermin and aras penghawa dingin dan juga stesen radio kesukaan sebelum memulakan perjalanan.

Semasa dalam perjalanan:

• Patuhi hadlaju yang ditetapkan.

• Untuk perjalanan yang jauh, berhentilah berehat setiap dua jam atau 100km.

• Berehatlah jika mengantuk atau terganggu penumpuan di jalan raya.

• Sentiasa bertenang walaupun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

• Bersikap tolerasi terhadap pemandu lain walaupun mereka tidak mengikut peraturan jalan raya.

• Berterima kasih kepada pemandu lain dengan melambai mereka sambil tersenyum.

• Mohon maaf jika anda membuat kesalahan kepada pemandu lain untuk mengelakkan pergaduhan.


Amalan-amalan di atas amatlah mudah untuk diamalkan. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan-santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

PRIHATIN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN

Posted by abu nu'man under
Sebagai seorang pemandu, anda perlu sentiasa prihatin kepada pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki, pemandu motosikal dan pemandu basikal. Ada pemandu yang menganggap bahawa mereka lah raja di jalan raya dan tidak prihatin kepada pejalan kaki dan penunggang basikal dan motosikal. Perbuatan begini bukan sahaja tidak sopan malah membahayakan diri sendiri dan mereka.

Berikut adalah panduan bagaimana anda boleh menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk semua:

Pejalan kaki:

Beri laluan kepada pejalan kaki

Pandu dengan berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah kerana pelajar sekolah suka bermain di tepi jalan

Prihatin kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua kerana mereka mungkin tidak nampak kedatangan kereta anda

Sentiasa memberi laluan kepada pejalan kaki yang menhampiri atau berdiri di jalur lintas, berhentikan kereta untuk mereka melintas. Jangan sekali-kali memecut atau menekan petrol untuk menakutkan mereka.

Sentiasa berhati-hati apabila memandu di kawasan pusat membeli-belah kerana biasanya pejalan kaki melintas jalan berkumpulan.
Penunggang Motorsikal:

Sentiasa berwaspada dengan penunggang motorsikal semasa memandu. Pastikan anda sentiasa melihat titik kabur untuk melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas. Sebaiknya, and menoleh ke belakang untuk kepastian.

Berwaspadalah kepada penunggang yang menunggang keluar masuk lorong sesuka hati kerana arah tuju yang tidak menentu.

Berhati-hati ketika di persimpangan jalan kerana penunggang motorsikal boleh muncul dengan tiba-tiba dan anda mungkin tidak menyedari kedatangan mereka.

Jangan memecut apabila ada penunggang motorsikal yang cuba memotong anda.

Sentiasa berwaspada apabila penunggang motorsikal cuba mengelak lubang atau halangan di jalan raya.
Penunggang Basikal:

Pastikan anda menjarakkan kereta sekurang-kurangnya 6 kaki apabila melepasi penunggang basikal untuk mengelakkan mereka dari terkena pergolakan udara yang dihasilkan oleh kereta anda.

Berwaspada setiap kali penunggang basikal cuba mengelak lubang di jalan raya.

Sentiasa berwaspada dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan.

KAWAL KEMARAHAN AWAL

Posted by abu nu'man under
Salam, tips yang kita akan belajar hari ini adalah berkenaan dengan 'Kemarahan'. Pemandu kita sering berasa marah dan tertekan apabila berhadapan dengan pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan suka membuli pemandu lain. Jika tidak dikawal, perasaan marah tersebut boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini terjadi. Cara terbaik ialah dengan tidak melenting sebaliknya sentiasa bertenang tanpa rasa marah atau dendam.

Atau mungkinkah anda berpontesi untuk pemandu yang agresif akibat daripada tekanan yang dihadapi? Mungkin tidak. Walaubagaimanapun, berikut adalah senario-senario yang mungkin mengambarkan anda mempunyai masalah kemarahan di jalan raya:

• Pernahkan anda menyumpah pemandu lain yang menghalang perjalanan anda?

• Pernahkan anda menunjukkan tanda isyarat yang tidak sopan kepada pemandu lain untuk memberi mereka pengajaran?

• Pernahkan anda memperlahankan kereta apabila anda diekori terlalu rapat?

• Adakah anda menukar lorong tanpa memberi pengelip tanda isyarat?

• Adakah anda suka mengikut kereta lain terlalu rapat?

• Pernahkan anda cuba menghalang kereta lain dari memotong?

Kesemua senario di atas mempunyai cirri-ciri pemanduan yang agresif atau pun pembuli jalan raya. Jika anda menjawab salah satu soalan, anda dinasihatkan supaya berlatih mengawal kemarahan anda supaya tidak berlarutan.

Anda juga perlu berwaspada apabila berada di dalam situasi yang boleh menimbulkan kemarahan. Tenangkan diri dan perlahankan kereta. Tarik nafas yang panjang dan pasangkan stesen radio yang boleh menenangkan fikiran. Berbuallah bersama penumpang jika anda membawa penumpang.
Jangan sekali-kali mengambil hati di atas perlakuan pemandu lain dan jangan respon apabila mereka sengaja membuat anda marah. Elakkan daripada bertentangan mata atau memberi tanda isyrat kepada mereka kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak memikirkan perihal mereka kerana mereka mungkin mempunyai masalah yang tersendiri yang menyebabkan mereka berkelakuan demikian.
Kesimpulannya, respeklah pemandu lain sebagaimana anda mahu mereka merespek anda. Jika anda bersopan-santun, pemandu lain akan menghargainya dan menjadikannya teladan

TIPS PEMANDUAN KERETA TRANSMISI AUTOMATIK

Posted by abu nu'man under
Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear yang kebiasaannya menjadi satu masalah buat pemandu yang baru belajar dan juga guru sekolah memandu. Mungkin anda telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati sangat susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac.Sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh la bertukar kepada kereta transmisi automatik.Bagaimanapun operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza. Anda perlu tahu cara memandunya sebelum dapat merasai kesenangannya.
Di bawah, kami memberikan sedikit tips dan cara-cara pemanduan kereta transmisi automatik.

Langkah-langkah


1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.

2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.

3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukat gear dan macam-macam lagi.

4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar peneranganya.

5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.

6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.

7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R. Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear undur, D untuk memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).

8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).

9. Hidupkan enjin.

10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.

11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).

12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.

13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.

14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.

15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak kehadapan.

16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.

Gerakkan gear daripada “D” ke “3″, “2″, or “L” untuk mengawal kelajuan ( tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.

Pemandu Wanita Sendirian

Posted by abu nu'man under
Salam, ini tips bagi pemandu wanita yang sering memandu sendirian kerana mereka ini seringkali menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya. Modas operasi mereka ialah dengan melanggar kereta yang dipandu wanita sendirian kemudian merompak atau menculik mereka apabila mereka keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan.

Walaupun adalah lebih baik jika berteman semasa memandu, ada kalanya wanita tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian. Ahli perniagaan wanita contohnya, seringkali keluar memandu sendirian untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelanggan.

Jika anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:
Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu

Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu

Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci

Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok

Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol

Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran

Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali

Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain

Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih untuk
meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis

Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling

Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah

Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan

Tatacara Memandu Ketika Hujan

Posted by abu nu'man under
Salam, antara tips yang boleh diambil ketika hujan. Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan

Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik

Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air

Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik

Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya

Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-


Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar

Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan

Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:

Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik

Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek

Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek

Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja

Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj .

Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju
Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masaalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak yang sesuai ketika menukar minyak injin.

Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan injin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen injin.

Sebelum berhadapan dengan masaalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:
Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungu benda yang boleh merosakkan kompenen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.

Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah injin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.
Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak injin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada injin.

Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya.

Sumber: Akhbar Tempatan
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah merah. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Panaskan Enjin Sebelum Perjalanan

Posted by abu nu'man under
UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.
AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.
Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.
Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.
Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.
Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.
Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.
Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.
Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.
Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.