TUAN RUMAH TERSINGKIR

Posted by abu nu'man under
JOHANNESBURG, 23 Jun — Korea Selatan, negara Asia pertama melangkah ke pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010 awal pagi tadi.


Pasukan Korea Selatan memperoleh satu mata selepas terikat 2-2 dengan Nigeria, bagi membolehkannya muncul tempat kedua dalam Kumpulan B dengan empat mata.

Juara Kumpulan B Argentina menewaskan Greece 2-0.

Sementara negara Asia mencatatkan nama di pusingan kedua, dua negara dari benua Afrika mengucapkan selamat jalan dan mengakhiri perjalanan mereka.

Selain Nigeria, pasukan tuan rumah juga mengalami nasib yang sama walaupun mereka mengatasi juara edisi 1998, Perancis.

Kemenangan 2-1 ke atas Perancis yang berhadapan dengan ‘krisis dalaman’ sejak seminggu lalu tidak cukup untuk ke pusingan kedua.

Afrika Selatan merupakan negara tuan rumah pertama gagal ke pusingan kedua.

Mexico memperoleh tiket ke pusingan kedua dari Kumpulan A dengan perbezaan jaringan.

Mexico dan Afrika Selatan mengumpulkan empat mata.

Kumpulan A dijuarai oleh Uruguay yang mengatasi Mexico 1-0.

Daripada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi dan awal pagi ini waktu Malaysia, Kumpulan A menawarkan Uruguay dan Mexico manakala Kumpulan B menyediakan Argentina dan Korea Selatan untuk pusingan kedua yang menjanjikan persaingan 16 pasukan.

0 comments: