Sampai bila harus begini?

Posted by abu nu'man under
Mayat janin dalam balang gula-gula



KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.

Proton tawar kereta mewah mampu milik

Posted by abu nu'man under
KUALA LUMPUR 29 Mac - Andaikata perbincangan antara Proton Holdings Bhd dan Volkswagen untuk mewujudkan kilang komponen terurai sepenuhnya (CKD) di sini menjadi kenyataan, bukan sahaja Skoda, malah kereta mewah Audi lain boleh diperoleh pada harga yang mampu dimiliki, kata OSK Research.
Minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengesahkan syarikat kini sedang mengadakan perbincangan dengan pembuat automotif Jerman.
"Kemungkinan terjalinnya kerjasama berpotensi ini dijangka diumumkan menjelang separuh pertama tahun ini.
"Jika ia dimuktamadkan pada 2011, kilang berkenaan akan mengeluarkan kenderaan sedan Volkswagen untuk pasaran domestik dan eksport, sebahagian besar untuk rantau ASEAN," kata syarikat penyelidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia menambah jika Volkswagen mewujudkan pusatnya di sini, pelaburan permulaan ialah kurang daripada AS$200 juta (RM660 juta).
"Tahun lepas, syarikat memeterai niaga janji bersama dengan IndoMobil untuk membina sebuah kilang pemasangan CKD di Jakarta Timur, Indonesia, untuk menghasilkan rangkaian MPVnya dengan pelaburan permulaan AS$140 juta (RM462 juta).
"Dengan kilang CKDnya yang dicadangkan dibina di Malaysia dan maklum pula adanya kilang pengeluaran MPV di Indonesia, kami melihat kemudahan tempatan ini akan memberi tumpuan kepada pengeluaran segmen Sedan," kata kenyataan itu.
OSK turut berpendapat yang kilang Shah Alam Proton kemungkinan adalah calon untuk kemudahan CKD itu kerana ia telahpun dikenali kerana mempunyai infrastruktur terbaik.
Sebelum ini, Volkswagen telah menunjukkan minat dalam infrastruktur pengeluaran Proton, untuk mewujudkan hab CKD bagi memenuhi pasaran Asia.
Dalam perkembangan berkaitan, aliran menaik harga saham DRB-Hicom Bhd pula kian galak sejak kebelakangan ini, didorong oleh spekulasi yang kemungkinan syarikat itu akan memperolehi niaga janji CKD dengan Volkswagen dan bukannya Proton, kata OSK Research.
"Dengan adanya Proton dan DRB dalam gambaran, sukar untuk kita lihat kilang yang mana akan dipilih oleh Volkswagen," tambah kenyataan itu.




Kebenaran Mahkamah Tarik Kereta

Posted by abu nu'man under
KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.
Pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan.
"Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah," katanya.
SHAH ALAM, 23 Mac — Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia hari ini menasihatkan pemandu agar tidak menggunakan telefon bimbit walaupun dengan alat bebas tangan.
Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata penggunaan telefon bimbit walaupun menggunakan alat bebas tangan tetap mengganggu tumpuan pemanduan serta berisiko mengancam nyawa.
Beliau berkata kajian yang dilakukan dua tahun lepas di beberapa negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun mendapati tumpuan pemandu yang bercakap menggunakan alat bebas tangan adalah sama seperti pemandu mabuk.
“Saya menasihati dan amat berharap agar semua pemandu mempunyai kesedaran terhadap kajian ini kerana ia akan membantu mengelak daripada kemungkinan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa.
“Saya cadang supaya tukarkan telefon bimbit anda ke ‘silent mode’ (senyap) sebelum mulakan pemanduan supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberi ketika memandu dan menjamin keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemusnahan Topi Keledar Tanpa Piawaian di Plaza Tol Batu 3 di sini.
Suret berkata sebagai permulaan bagi membudayakan amalan itu kepada pemandu di negara ini, JKJR telah mengeluarkan arahan kepada semua kakitangannya supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu walaupun dengan alat bebas tangan.
Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan penguatkuasaan larangan penggunaan telefon bimbit dengan alat bebas tangan ketika memandu kepada kerajaan, Suret berkata sebagai permulaan JKJR akan mengadakan kempen kesedaran kepada pemandu.

6 cara penjagaan tayar kereta anda

Posted by abu nu'man under
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Proton Persona Elegance dilancarkan

Posted by abu nu'man under
proton memperkenalkan lagi model yang ditingkatkan iaitu Proton Prtsona Elegance….


kereta ini terdapat dalam 3 medium Base Line, Medium Line dan High Line. Persona Elegance ini menggunakan enjin 1.6-liter Campro IAFM enjin dengan 110 bhp pada 6.500 rpm dan 148 Nm torqe daripada 4000 rpm. Pembeli boleh memilih antara empat-kelajuan automatic atau lima-kelajuan manual, tapi model H-Line hanya datang dengan auto box.

design luaran body masih sama dengan body asal cuma design bumper depan dan lampu sahaja yang diubah.. design bumper depan sama seperti Gen-2 CPS…tetapi gril depan sedikit berbeza..
dan beberapa perubahan pada interiornya...


Cermin Gelap : Keperluan @ Kehendak?

Posted by abu nu'man under
JPJ hanya membenarkan pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap yang tidak melebihi 30 peratus pada cermin depan kenderaan dan kurang 50 peratus bagi cermin tingkap.
Peraturan ini termaktub dalam Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu Pindaan 2000 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus.
Bagaimanapun, pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada orang tertentu mengikut Kaedah 11 (a) dan 11 (b) Kaedah Kenderaan Motor Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu Pindaan 1991.
Sesiapa yang tidak termasuk dalam peraturan itu, tetapi menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan, boleh membuat permohonan pengecualian khas untuk pemasangan cermin gelap daripada JPJ.

Oleh itu, berhati-hati dengan penggunaan cermin gelap kenderaan anda. Pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Odyssey in Malaysia not Affected

Posted by abu nu'man under
Honda Malaysia Sdn Bhd clarified that the recent recall of Odyssey and the Element 2007 YM and 2008 YM does not affect units sold in Malaysia.
The company said the affected models were principally manufactured in the US, which have different basic structure compared with those that were manafactured in Japan and sold in Malaysia.

boleh menghilangkan mengatuk...

Posted by abu nu'man under
Boring-boring masuk le sini... seronok baca... tulisan drp Lukmannul Hakim.... tak tau nak kate psycho pn memang macam psycho la...  habis nye maki PDRM, PEKIDA,PKR, PAS, India, PM Najib pun di makinya... dia mengaku yang dia adalah anak angkat Sultan Brunei @ 'papa'

... anggota polis di Jalan Tun Razak pun dah siap warning jgn buat report polis dah dekat balai ini kes katenya TV3 buat konspirasi menjatuhkannya..




Tgk cc kat sape?



Selamat bacalah... http://luqiee.livejournal.com/

Bontot sape paling besar?

Posted by abu nu'man under
Sape le punye bontot (dengan izin) dok tayang-tayang kat orang... ade yang bontot besar... ade yang tak berapa ade bontot... ape xde morel ke depa ni?

Pehhh...

Posted by abu nu'man under
Aku copy dlm facebook satu hamba Allah tue... Memang mantop la... tak tau lah brp riban nak ke top up kasi ini macam...

BLR naik kepada 5.8%

Posted by abu nu'man under
Pada mesyuaratnya 4 Mac 2010, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus. Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2 peratus dan 2.50 peratus. Maka secara puratanya bank-bank di Malaysia telah menaikkan BLR kepada 25 mata asas.

Jadi kepada rakyat Malaysia yang nak beli kereta Malaysia (Proton/ Perodua) secara automatik interes rate naik kepada 4.0 plus plus... kalu dulu kereta Malaysia 3.75%  so now 4.0++% . 

Lu pikir la sendiri

Posted by abu nu'man under
Sendiri tengok.. sendiri nilai...

Lu pikir la sendiri

Ciri-Ciri Proton Exora

Posted by abu nu'man under
The Proton Exora is a New Lifestyle Family Mover which combines advanced styling, space and multi usage, high quality design, and good performance without neglecting the value for money factor.

Proton Exora is built with a spacious interior which sits 7 adults comfortably. The dual blower air cond with individual vents for each row adds comfort for all passengers. Its safe cabin features high tensile steel cage coupled with hydro forming sub-frame providing high level of safety.

It also features several intelligent functions such as programmable door lock and programmable front wiper speed which are controlled by an integrated module.

Proton Exora High Line AT is available at OTR RM 75,998 and Medium Line AT is available at RM69,998. And now new Proton Exora Base Line RM 57,548.00(Manual)


There are six (6) body colours offered for Proton Exora:

•Genetic Silver

•Tranquility Black

•Blue Haze

•Solid White

•Gaia Blue (new)

•Pyrite Brown (new)


The manufacturer warranty period is 3 years or 100,000km. Extended Warranty Period (EWP) is 2 years or 75,000km. This makes total warranty period of 5-year or 175,000km.
Interest rate is 3.75% up to 9 years with EWP. This is a standard offer to all Proton Exora customers. EWP is NOT an optional feature.

A very reasonable maintenance cost is estimated at RM 1,980.00 for the first 2 years. Service intervals, after the first 3 services, are at 10,000km intervals.

For the time being, Proton Exora is not offered under the Xchange Program.

EON will also be selling the Proton Exora


DEVELOPMENT

The Proton Exora is a product designed and developed by Proton with engineering technology from its subsidiary, Lotus

The Proton Exora is Malaysia's first home grown MPV, using a totally new platform from previous Proton models

QUALITY

The Proton Exora is the 7th product developed by Proton after Waja, Gen2, Savvy, Satria Neo, Persona and Saga. Proton has been improving its products in terms of quality and reliability each time through its experience and lessons learnt.

A lot of effort has been made to ensure that The Proton EXORA gives maximum driving pleasure, including the application of damping pads and noise suppressors in strategic location within chassis and body panels. Internal test shows that Proton Exora noise level is lower than previous models

PERFORMANCE

The Proton Exora uses a 1.6L Proton CamPro Engine, with CPS (Cam-Profile Switching). CPS benefit aids fuel efficiency as well as enhances uphill driving.


Our Testing team has proven the output of the 1.6L CamPro CPS meets all the criteria set forth. The development team has put great effort to ensure the powertrain meets not only running performance targets but also fuel consumption.


The new hydro-forming material used to reduce its total bodyweight allows for 1.6L CamPro CPS to reach its maximum power of 125hp.

Maximum speed for Proton Exora automatic transmission is 165km/h.


EQUIPMENT
Proton Exora is equipped with lots of features that are not commonly found in cars below RM76,000. The unique feature, BCM, is really making new convenience technology accessible to Proton buyers.

Customers have the choice of fitting additional accessories (e.g. Thule box) to the Proton Exora as long as it is approved by the authorities (JPJ/Puspakom). Any secondary defects caused by these installations will not be covered under warranty.


BODY CONTROL MODULE (BCM)
BCM is a module designed to control every basic plus additional functions of the car electronically e.g. central locking, alarm, timer etc

Several additional features which is very useful for customers has been added to the BCM, such as:

1.Programmable Wiper Speed

2.Programmable Door Lock

3.Battery Saver Function

4.Follow Home Function

5.Auto Door Unlock

6.Auto Hazard Lights Function

7.Auto Block Door Lock Function

*Kindly proceed to our showrooms to find out more!


SAFETY

Proton Exora’s body structure is engineered to offer the best crash protection among competitors in its class. ABS and dual airbags, which is specially tuned for the Proton Exora’s extra weight and size, are part of the standard package offered for all variants.

High illumination LED rear combination lights is an extra safety feature.


Proton Exora is developed with the international market in mind, and Proton has adopted European safety standards as guidelines. Proton Exora now meets the strict European safety requirements which are also adaptable to other markets such as Australian Design Rules and GCC Gulf Standards.


Survey terhadap Exora

Posted by abu nu'man under
Nak kata puas tak puas kena la compare dgn mpv sekelas yg ada di market sekarang..

Jika banding dgn Avanza./Livina dan Alza...mmg features dlm exora ni lebih byk... dan antara kelebihan exora yg tak ada kat keta2 mpv sekelas ni:-
1. Gate shift gear
2. Individual air cond 2nd/3rd row ( biasa mpv murah hanya pakai blower atas bumbung atau hanya pakai main aircon depan (macam citra)

3. 3 rd row seat yg boleh dilipat rata tanpa kena cabut head rest.
 
So, pemilik Exora diluar sana boleh le turut sama berkongsi pengalaman...
awat yang hampa pilih exora? Keta MPV lain tak best ke?

Proton Lancar Tiga Kereta Konsep Siri Emas

Posted by abu nu'man under

PROTON Holdings Bhd semalam melancarkan tiga kereta konsepnya, iaitu Emas, Emas Country serta Emas3, sebagai usaha jangka panjangnya menempa nama dan mengeluarkan kereta untuk pasaran dunia.

Kereta konsep dalam siri Emas atau 'Eco Mobility Advanced Solution' yang dibangunkannya dengan kerjasama anak syarikatnya, Lotus dan firma automotif Itali, Italdesign Giugiaro (IDG) itu dijangka dikeluarkan secara komersial pada 2012.


Harapnya dapat menambahkan lagi keyakinan rakyat Malasia terhadap kereta keluaran Proton serta memenuhi citarasa rakyat Malaysia itu sendiri.


tunggu je la 2012 nanti........

Kenali Dulu Exora

Posted by abu nu'man under
Ramai pengeluar kereta sedan cuba 'memburukkan' Exora untuk mencipta markah tambahan kepada model masing-masing. Persoalannya, apakah yang mendorong jurujual-jurujual kereta lain menjadikan Exora sebagai sasaran contoh? Jika difikirkan dari sudut harga, harga Exora diletakkan pada paras yang berdaya saing.

Aspek pertama yang dijadikan sasaran ialah kapasiti enjinnya iaitu 1.6 liter yang diulang-ulang cakap oleh pesaing sebagai underpower atau kurang bertenaga.

Benar, enjinnya ada sedikit 'lembap' terutama semasa memecut, memotong dan mendaki bukit. Tetapi apakah 'lembap' suatu istilah yang tepat untuk menggambarkan kapasiti enjin Campro 1.6 CPS ini?

Exora berenjinkan 1.6 liter ini ialah ia perlu dipacu lebih awal dengan kuasa diteran sehingga 4,000 revolusi per minit (rpm) dan dikekalkan ke paras itu bagi mendapatkan daya pecutan yang dikehendaki. Ini bukan lembap atau underpower. Pemandu atau pemiliknya harus mengenali dan mesra sepenuhnya dengan kaedah pengendalian enjin Campro CPS ini.

Contoh mudah ialah apabila hendak mendaki bukit, enjin hendaklah dipacu sekurang-kurangnya satu kilometer dari anak bukit, bukan di kaki bukit. Acapkali bila kuasa hanya dipacu di kaki bukit, enjin akan meraung - pemandu akan resah dan kos bahan api bertambah.

So pastikan anda benar-benar mengenali Exora sebelum anda memburuk-burukkannya... betul tak Exorian???

Fuel Comsumption

Posted by abu nu'man under
Bile bercerita pasal nak beli kereta... rata2 orang akan tanye "minyak kuat tak?" atau "ok tanya minyak?"... so untuk Exora nie... penggunaan minyak dia sekitar 65-70km bagi setiap RM10.00 RON95 (tahap pemanduan biasa).. ok lah dengan body dan cc dia...

so kalau nak jimat lagi bawak maintain dlm 80km/j... ada cara lain nak save minyak lagi ke????